Laura Kim (paling kanan) dan Fernando Garcia (dua dari kiri)
Foto: Paul Bruinooge/PMC)
Nama besar fesyen Oscar de la Renta (OdlR) baru sahaja melantik pereka jenama Monse Laura Kim dan Fernando Garcia sebagai pengarah kreatif dan kini satu lagi nama besar dalam dunia fesyen Carolina Herrera (CH) memfailkan saman terhadap OdlR.
Saman itu difailkan kerana nampaknya dua jenama besar ini ingin berebut pereka berbakat Laura Kim yang pernah menjadi naib presiden di CH sebelum menerima tawaran daripada OdlR.
Pelantikan Laura sebagai salah seorang pengarah kreatif di OdlR adalah ibarat comebacknya ke jenama tersebut kerana dia pernah berkhidmat di OdlR selama 12 tahun sebelum berpindah ke CH.
Laura Kim menolak tawaran $1 juta oleh CEO Carolina Herrera Francois Kress untuk memegang jawatan sebagai pengarah kreatif jenama tersebut dan dalam satu surat oleh peguam Laura menyatakan bahawa dengan menerima jawatan tersebut dia risau yang dia tidak akan mendapat kawalan sepenuhnya untuk rekaannya di syarikat tersebut kerena Carolina Herrera sendiri tidak diberitahu oleh Francois yang dia akan digantikan sebagai pengarah kreatif.
Mengikuta tuntutan yang dikeluarkan oleh pihak CH, semenjak pemergian Laura mereka telah kehilangan perniagaan dengan gedung mewah Bergdorf Goodman dan koleksi musim luruh mereka gagal mendapat sambutan.
Saman yang difailkan itu bertujuan untuk menghalang Laura daripada bekerja di OdlR sehingga April 2017. Tetapi peguam Laura membidas saman tersebut kerana klausa itu tidak dapat dikuatkuasakan kerana Laura “ditolak” keluar daripada syarikat tersebut.