Neelofa Menyertai Pertunjukan Victoria's Secret Fesyen Show di Shanghai!

Neelofa Bakal Menyertai Victoria’s Secret Fashion Show 2017!

Debaran Victoria’s Secret Fashion Show 2017 di Shanghai semakin dirasai, dengan pengumuman besar seperti Fantasy Bra dan Swarovski look telah dibuat untuk menghangatkan laig sambutan dan penantian peminat-peminat jenama ini, kini selebriti tempatan Neelofa pula bakal diterbangkan ke Shanghai!

 

Oppo yang juga telah diumumkan sebagai rakan telefon pintar rasmi untuk Victoria’s Secret Fashion Show telah menjemput Neelofa selaku duta F5 6GB (Edisi Merah) untuk menyaksikan pertunjukan fesyen terbesar itu sendiri pada hari Isnin ini.

 

Neelofa yang tidak dapat menyorokkan keterujaannya itu berkongsikan berita gembira ini melalui akaun Instagramnya sendiri dan sempat juga dia bergurau dengan pengikutnya untuk berhati-hati dengan foto-foto yang bakal dikongsikannya pada hari istimewa itu nanti.

 

Kehadiran Neelofa ini melakar sejarah buat dirinya sebagai artis Malaysia pertama yang akan menjadi sebahagian daripada pertunjukan megah Victoria’s Secret.

See also
Barisan 20 Selebriti #EH!TOP20XELLE Tahun 2017!

 

“Saya tidak sabar untuk mengembangkan sayap saya untuk berjumpa dengan Angels semasa Victoria’s Secret Fashion Show pertama saya dan menangkap setiap detik di Shanghai untuk mengemaskini peminat-peminat saya dengan telefon Oppo F5 6GB saya nanti!”

 

Nantikan updates daripada Neelofa dan juga GLAM menjelang hari besar ini pada 20 November, jam 8 malam.

 

Sumber: EH!