Wartawan Wanita Yang Dipetik Menjadi Buah Hati Kerabat Diraja

Mengapa Wartawan Diminati Kerabat Diraja?

Pada tahun 2005, Malaysia digemparkan dengan perkahwinan antara Azrinaz Mazhar dengan Sultan Brunei. Selepas itu pula, Norashikin Abdul Rahman menjadi pilihan hati Sultan Selangor. Walau bagaimanapun, trend perkahwinan antara kerabat diraja dengan individu yang berkecimpung dalam industri media bukanlah suatu perkara yang baru.

 

Mungkin secara umumnya karier sebagai wartawan memerlukan seseorang berpengetahuan luas dan banyak melibatkan tugasan luar. Atau mungkin jodoh semata-mata. GLAM senaraikan lima pengamal media yang dilamar golongan kerabat.

3 of 5

Permaisuri Letizia, Spain

Queen Letizia of Spain attends the 25th Fedepe awards ceremony in Madrid, SPain on July 26, 2016. Fedepe is the Spanish Federation of businesswoman, comprising managers, executives, professionals and entrepreneurs. (Photo by Thorton/PPE/Sipa USA)

Lebih 10 tahun yang lepas, Letizia merupakan seorang wartawan dan pembaca berita di televisyen ternama Sepanyol. Antara liputan yang dilakukannya termasuklah siaran langsung dari Ground Zero ketika tragedi 11 September serta liputan peperangan di Iraq. Letizia bertemu dengan suaminya, Raja Felipe ketika melaporkan krisis tumpahan minyak di perairan Sepanyol pada hujung 2002. Mereka kemudian mengumumkan pertunangan setahun kemudian.