Meghan Markle Menjawab Soalan Mengenai Putera Harry Seperti Seorang Puteri Raja - Glam Malaysia

Meghan Markle Menjawab Soalan Mengenai Putera Harry Seperti Seorang Puteri Raja

Setelah beberapa lama pihak media seperti syok sendiri dalam membongkar kisah cinta Putera Harry dan Meghan Markle, tidak pernah lagi pasangan ini mengeluarkan kenyataan untuk menenangkan pihak media (not that they are obliged to).

 

Putera Harry sebelum ini pernah ditanya mengenai hubungannya bersama Markle dan dia berjaya mengelak soalan tersebut sepenuhnya walaupun agak kekok.

 

Kali ini sewaktu berada di Texas sebagai ahli panel Festival Televisyen ATX bersama-sama pelakon Suits yang lain, seorang daripada penonton telah mengajukan soalan perihal perkahwinannya dengan Putera Harry.

 

Markle, seperti sudah menantikan saat ini, kekal tenang dan hanya memberikan senyuman sebagai jawapannya dan meneruskan sesi mereka. Mungkin dia menerima nasihat daripada Duches of Cambridge mengenai hal sebegini? Ataupun Ratu Elizabeth sendiri?

 

Kudos, Markle!

 

Sebelum ini pihak istana mengeluarkan kenyataan yang Putera Harry telah pun meminta izin daripda Ratu Elizabeth untuk berkahwin dengan Markle (mengikut laporan yang lain juga Ratu Elizabeth telah pun memberikan restunya).

See also
Rahsia Awet Muda: Dr. Alice Prethima Michael