Meghan Markle Bersuara Mengenai Isu Biracial Di Amerika
Jika anda hanya mengenali pelakon Suits Meghan Markle sebagai teman wanita Putera Harry, you need to wake up.
Markle juga antara pelakon wanita yang sentiasa bersuara mengenai isu-isu yang dihadapi oleh wanita di seantero dunia terutamanya isu yang berkenaan dengan kaum.
Foto: LMKMEDIA
Sebagai seorang yang biracial (ibunya African American dan bapanya berkulit putih)Pelakon berusia 35 tahun itu juga pernah berkongsi kisah dan pengalaman isu perkauman yang dihadapi oleh keluarganya semasa gerakan Civil Rights yang telah memberi impak yang dalam hidupnya dari kecil lagi.
Dalam satu temu bual bersama Allure untuk isu terbaru mereka yang menampilkan 41 women of colour untuk berkongsi pengalaman serta kisah mereka yang berkenaan dengan warna kulit mereka Markle sekali lagi berkongsi kisahnya.
Foto: LMKMEDIA
Isu-isu yang pernah dihadapi oleh Markle adalah seperti dikategorikan dalam kaum yang salah dan juga kulitnya yang mempunyai freckles dibuang dan whitewashed dalam foto.
Markle mula mempersoalkan warisannya semasa dia mengambil sebuah kelas Pengajian African-American di Northwestern dimana mereka menerokai topik colorism.
Foto: LMKMEDIA
“Itu merupakan kali pertama saya boleh memberi nama kepada perasaan yang saya rasai bahawa saya terlalu cerah untuk komuniti berkulit hitam dan terlalu mixed untuk komuniti berkulit putih,” terang Markle.
Untuk panggilan kasting pula dia selalunya akan diberi label sebagai etnik kabur (ethnically ambiguous).
Seperti yang pernah diterangkan Markle melalui esei panjangnya untuk Elle dia menerima sahaja dirinya sebagai seorang wanita bercampur kaum yang yakin dan bangga.