Meghan Markle Bakal Berpindah Ke Kensington Palace Untuk Bersama Putera Harry
Nampaknya hubungan antara pelakon Suits Meghan Markle dan Putera Harry semakin serius.
Bulan lepas Markle dilaporkan bakal meninggalkan drama bersiri Suits dan kemudiannya akan berpindah ke London untuk bersama dengan Putera Harry. Laporan baru-baru ini pula menguatkan lagi kemungkinan Markle untuk berpindah masuk ke Istana Kensington.
Putera Harry sekarang menetap di Nottingham Cottage dalam kawasan Istana Kensington dan beliau dikatakan sedang menyelia kerja-kerja ubahsuai sebuah apartmen dalam Istana Kensington sebagai persiapan untuk perpindahan Markle ke London.
Kawasan Istana Kensington Foto: Andrew Parsons/PA Archive/PA Images
Putera itu juga didapati kerap melawat untuk mengetahui progres pengubahsuaian apartment tersebut.
Apartmen baru ini akan berada lebih dekat dengan bahagian besar istana tersebut yang bakal menjadi kediaman tetap Duke dan Duchess of Cambridge mulai September ini.
Jurucakap Istana Kensington enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai maklumat ini kerana ini merupakan “hal peribadi.”