Meghan Markle Membuat Keputusan Besar Untuk Bersama Prince Harry

Meghan Markle Akan Tinggal Bersama Putera Harry Di Istana Kensington

Kini berada di London,  laporan oleh People pula menyatakan Meghan Markle dan Putera Harry bakal tinggal bersama di Istana Kensington. Satu perkara yang melanggar tradisi diraja berkurun zaman lamanya.

 

Namun keputusan ini telah diterima oleh kerabat diraja, termasuk Ratu Elizabeth, tanpa sebarang tentangan.

 

Foto Splash News

Menurut People juga “Markle bakal tinggal bersama Harry di Nottingham Cottage yang terletak dalam perkarangan Istana Kensington di mana pekerja-pekerja di situ sudah mengenali Markle.”

 

Selepas hubungan Meghan dan Putera Harry menjadi serius dan umum, Meghan sudah mula membuat persiapan untuk kehidupan barunya sebagai pasangan Putera Harry. Pemindahannya ke London diikuti dengan keputusan Meghan untuk berhenti berlakon dan meninggalkan rancangan popular Suites selepas tamat musim ketujuh ini.

 

Laporan lain sebelum ini juga menyatakan Meghan sedang mencari sebuah studio di London sebagai pangkalan kerjanya yang bakal merangkumi kerja-kerja amal dan beberapa lagi dalam perancangan.

 

Putera Harry juga dikatakan sering berbincang dengan Meghan sebelum mereka membuat keputusan atas apa perkara sekalipun. Sekali lagi, bukan satu perkara yang normal jikalau diikutkan tradisi di sana. Namun sejak Ratu Elizabeth memberikan restunya kepada Meghan walaupun dia seorang janda, membuktikan they are ready for some changes.

 

See also
"Ibu menjadi penyokong setia cita-cita seni saya"- Cristina Suzanne