Lucky Blue Smith dan Stormi Bree Dikurniakan Cahaya Mata Perempuan
Model lelaki kegemaran ramai gadis muda Lucky Blue Smith, 19, dan teman wanitanya Stormi Bree, 26, telah telah mengumumkan kelahiran anak perempuan sulung mereka.
Mereka menamakan cahaya mata sulung mereka itu Gravity Blue Smith secara tidak langsung meneruskan legasi nama-nama unik dalam keluarga Smith.
A post shared by LUCKY BLUE SMITH (@luckybsmith) on
Smith dan Bree yang mendedahkan hubungan mereka pada Oktober 2016 telah mengumumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata bersama pada Mac yang lalu melalui satu post di Instagram yang mengejutkan peminat-peminat mereka.
Smith juga sibuk menjelajah bersama kugirannya, Atomics, sementara Bree berehat dan menanti kedatangan anak mereka di Tennessee.