L’Oreal Paris Rai Wanita Hebat Malaysia

L’Oreal Paris Rai Wanita Hebat Malaysia

L'OrealWOW3

L’Oreal Paris Malaysia merai keperibadian wanita dari segenap lapisan masyarakat melalui kempen Women of Worth yang memberi penghormatan kepada wanita bernilai yang tahu menghargai dan menjaga diri serta mengiktiraf nilai kehidupan diri juga individu di sekeliling.
 
Menerusi sidang media yang berlangsung 16 Mac lalu, L’Oreal Paris Malaysia menjemput tiga selebriti wanita iaitu Nana Mahazan, Nurita Harith dan Tracy Cheong. Masing-masing hadir bersama individu Women of Worth mereka dan berkongsi cerita inspirasi penuh berharga.
 
Nana ditemani teman baiknya, Ira yang merupakan seorang ibu dan hos. Sambil tersenyum dia menjelaskan, “Hubungan kami lebih daripada rakan karib! Ira ibarat seorang kakak yang saya dambakan ketika kecil. Dengan status ibu yang dikongsi kini, tiada rahsia antara kami berdua.” Nana turut melahirkan rasa terharu dengan penghormatan Women of Worth yang diterima. “Saya sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik, bukan sahaja untuk keluarga serta orang tersayang, tetapi juga untuk peminat yang melihat saya sebagai idola. Jangan sembunyikan diri hanya kerana persepsi orang yang anda berbeza. Saya selalu percaya bahawa perbezaan itulah yang menambah kecantikan individu.”
 
Di majlis itu juga, L’Oreal Paris Color Riche turut mempamerkan kesemua 22 rona bersempena ulang tahun ke-30 gincu ikonik itu. Dari pelbagai seleksi rona merah jambu, coral hingga ke beige, ianya tersedia untuk kesemua wanita.
 
L'OrealWOW2

See also
Diari Deko - Club Marriott Malaysia Buat Pencinta Gastronomi Serantau Asia Pasifik

L'OrealWOW4

L'OrealWOW