LBD Ala Carrie Bradshaw - Glam Malaysia

LBD Ala Carrie Bradshaw

Gambar: TPGimages
 
t73177304_max
 
Kalau pelakon Sex and the City’s, Carrie Bradshaw adalah ikon untuk  pilihan fesyen yang tidak masuk akal, Sarah Jessica Parker pula percaya tidak ada salahnya untuk menggayakan little black dress– LBD.
 
Sarah Jessica Parker mengumumkan dia bakal mengeluarkan koleksi rekaan Little black Dress di laman Instagramnya. Koleksi itu bakal dilancarkan secara eksklusif di Bloomingdale pada Oktober ini. Parker, yang sudah pun mengeluarkan koleksi kasut dan wangian rekaan sendiri akan mereka semua little black dress dan akan dikeluarkan di Amerika Syarikat.
 

 
Pakaian yang dipakainya di Instagram adalah salah satu dari busana rekaannya untuk koleksi ini. Sarah Jessica Parker menggayakan little black dress itu dua minggu lalu di pelancaran wangian tebarunya, Stash di London.
 
Pelakon ini sering dilihat mengenakan little black dress ketika menghadiri acara rasmi mahupun di karpet merah. Jadi kemungkinan koleksi ini akan mencerminkan gayanya tersndiri.
 
Carrie Bradshaw juga pasti akan tertarik untuk bergaya dengan koleksi ini.
 
t73177387_max