Yves Saint Laurent (YSL) akhirnya bertapak di Malaysia! Butik pertama mereka yang bertempat di KLCC menampilkan koleksi ready-to-wear lelaki dan wanita berserta aksesori. Deko butik YSL yang bertatah marmar mewah mencerminkan rekaan dan nama jenama itu sendiri.
Kehadiran butik ini diiringi koleksi ‘Large Envelope Chain Bags’ yang dihasilkan dalam 7 warna untuk memenuhi citarasa pembeli. Uniknya koleksi beg ini adalah ia merupakan hasil kombinasi tiga quilted patterns dan hadir dalam dua saiz iaitu besar dan sederhana. Tali rantai beg ini juga mudah dilaraskan dengan sistem 4-eyelets yang diaplikasikan dalam penghasilannya.