Lagi, Chanel Pilih Keira Knightley Untuk Kempen Terbaru
Kiera Knightely
Kiera Knightley telah dipilih sebagai wajah baru bagi kempen musim luruh Chanel, Coco Crush yang diarahkan oleh jurugambar fesyen terkenal, Mario Testino.
Selain daripada menjadi wajah baru untuk Chanel Jewelry, pelakon dari British yang terkenal dengan watak Elizabeth Swann di dalam filem Pirates of The Caribbean itu juga merupakan wajah untuk minyak wangi Coco Mademoiselle dan koleksi Rouge COCO. Knightley juga sudah lama menjadi rakan kepada jenama ini dan jenama Chanel sering menemaninya di acara karpet merah.
Keanggunan semula jadi dan jiwa bebas Knightley menjadikan dia sempurna untuk menjadi wajah koleksi moden Fine Jewelry ini.
Knightley baru beberapa bulan membuat debut di pementasan teater Therese Raquin di Broadway bakal kembali ke layar perak dengan membintangi filem Collateral Beauty arahan David Frankel.