Lady Gaga Menceritakan Pengalaman Hidup Dengan PTSD - Glam Malaysia

Lady Gaga Menceritakan Pengalaman Hidup Dengan PTSD

 

Lady Gaga yang baru sahaja mengeluarkan albumnya ‘Joanne’ menyatakan bahawa album ini merupakan albumnya yang paling peribadi baginya. Sejak kebelakangan ini agak jelas yang Lady Gaga lebih banyak berkongsikan detik-detik hidupnya dengan khalayak umum terutamanya untuk peminat-peminatnya.

 

Baru-baru ini juga Lady Gaga mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedang bertarung dengan PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder) semasa membuat kemunculan dalam rancangan The Today Show.

 

Rancangan tersebut dengan kolaborasi bersama yayasan Lady Gaga ‘Born This Way Foundation’ dalam suatu segmen rancangan tersebut telah melawat Ali Forney Center, sebuah pusat kebajikan untuk pemuda-pemuda di Harlem, New York dengan membawa hadiah dan kasih sayang yang tiada henti.

 

 

Dalam video yang penuh emosi berkenaan Gaga dilihat memeluk pemuda-pemuda yang tinggal di pusat kebajikan tersebut dan berkongsi cerita dan pengalaman mereka. Lady Gaga menyatakan bahawa trauma yang dia pernah alami dalam hidupnya sendiri telah membantunya untuk memahami individu lain yang mengalami trauma mereka sendiri. Lady Gaga sebelum ini pernah mengongsikan pengalamanya diperkosa semasa beliau berumur 19 tahun.

See also
Empat Gadis Stella McCartney

 

“Satu cara untuk membantu mereka yang mengalami trauma adalah dengan membantu mereka berfikir secara positif. Apa yang penting adalah untuk mengingatkan mereka yang terseksa sebab pengalaman yang menyebabkan trauma ini yang mereka tidak sendirian dan mereka sentiasa disayangi,” kata Lady Gaga.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid