Lady Gaga Membidas Kembali Kritikan Mengenai Badannya - Glam Malaysia

Lady Gaga Membidas Kembali Kritikan Mengenai Badannya

Foto: Lionel Hahn/ABACAPRESS.COM

Selepas kejayaan persembahan separuh masa yang disaksikan oleh lebih kurang 117 juta penonton semasa Super Bowl 51 beberapa hari yang lalu, Lady Gaga dikritik oleh beberapa insan yang tidak puas hati dengan rupa tubuh badannya pada hari tersebut.

 

Foto: Dan Wozniak via ZUMA Wire

Kritikan yang diberi oleh mereka adalah mengenai keadaan perut Lady Gaga yang dikatakan “chubby”, “beer gut”, “muffin top” dan menasihatkan penyanyi tersebut untuk ke gim dan mengurangkan berat badannya. Walaupun pada realitinya Lady Gaga kelihatan sihat sahaja sepanjang 13 minit persembahannya itu dan boleh dilihat dia sangat rancak dan aktif sambil mempersembahkan lagu-lagu hitnya.

 

Lady Gaga menangani isu ini melalui akaun Instagramnya dengan kenyataan:

Saya dapat tahu yang badan saya telah menjadik topik perbualan jadi saya ingin menyatakan, saya bangga dengan badan saya dan anda juga patut berasa bangga dengan badan anda sendiri. Tidak mengambil kira siapa anda atau apa yang anda lakukan. Saya boleh memberi anda satu juta alasan tentang kenapa anda tidak perlu memenuhi kehendak sesiapa pun untuk berjaya. Jadi diri anda sendiri. Itu adalah ciri-ciri seseorang yang berjaya. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya. Saya sayang anda semua. Xoxo, gaga

Saksikan kembali persembahan bertenaga oleh Lady Gaga semasa Super Bowl 51

See also
Tun Aminah Menikahi Dennis Muhammad Dalam Upacara Penuh Beradat