Kylie Jenner Memberikan Dress MET Gala Pertamanya Kepada Kembarnya
Foto: Dimitrios Kambouris/Getty Images
Ingat lagi dress yang pernah melukakan Kylie Jenner secara fizikal? It’s thesilver dress oleh Balmain yang dikenakan oleh Jenner sewaktu menghadiri MET Gala 2016 buat pertama kali pada bulan Mei.
Walaupun dress tersebut kelihatan menawan Jenner juga berkongsikan nasibnya pada malam itu selepas beberpa jam dengan beberapa foto yang menunjukkan beberapa kesan calar pada kakinya. Ini juga merupakan sebab kenapa Jenner meninggalkan gala tersebut terlalu awal.
Apakah nasib dress penuh bermakna buat Jenner itu sekarang?
Dia memberikan dress itu kepada arca lilinnya yang dihasilkan di Madame Tussauds! Arca lilin Jenner telah diperkenalkan kepada dunia di Hollywood, Los Angeles, sambil mengenakan dress Balmain itu.