Kristen Stewart di tayangan perdana American Ultra. (Gambar: TPGVIP)
Sememangnya hubungan akrab antara Kristen Stewart dan rumah fesyen Chanel bukanlah rahsia apabila aktres itu sering menjadi pilihan wajah kempen serta kerap menghadiri pertunjukan fesyen label itu termasuklah pentas Couture Musim Luruh 2015baru-baru ini.
Kini dilaporkan bahawa aktres itu bakal muncul dengan sebuah filem pendek arahan Karl Lagerfeld yang telah pun selesai penggambarannya bulan lalu. Stewart membawakan watak sebagai Coco Chanel ketika muda manakala Geraldine Chaplin yang pernah membawa watak sama sebelum ini turut terlibat dalam filem itu.
Filem itu bakal ditontonkan pada pentas Chanel Metiers d’Arts yang dijadualkan di Kota Rome, Disember nanti.