Kontroversi Koleksi Baju-T Vintaj Kendall + Kylie
Baru-baru ini Kendall dan Kylie Jenner mengumumkan pelancaran koleksi baju-T vintaj mereka ikutan trend yang sedang membuat comeback ini namun apa yang ditawarkan oleh koleksi mereka hanyalah kekecewaan.
Apa yang diharapkan oleh pembeli dan peminat mereka adalah baju-T vintaj yang menjadi minat ramai dengan penampilan kugiran rock seperti Metallica dan Pink Floyd atau rapper terkenal seperti Tupac dan Snoop Dogg, tetapi tidak.
Rekaan yang digunakan mereka adalah imej daripada Instagram yang menyebabkan ramai tidak berpuas hati dengan keputusan mereka. Ini menyebabkan kedua-dua Jenner membatalkan pelancaran koleksi mereka.
Mereka juga kini dilanda kontroversi kerana menggunakan beberapa gambar artis tanpa kebenaran mereka. Satu gambar in particular adalah rapper yang dibunuh 20 tahun yang lalu, Notorious B.I.G.
Ibu kepada rapper tersebut, Voletta Wallace, telah tampil bersuara di Instagram untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap Kendall dan Kylie.
A post shared by Voletta Wallace (@volettawallace) on
Malah Sharon Osbourne, isteri kepada Ozzy Osbourne, juga menegur dia beradik ini untuk tidak menggunakan gambar suaminya demi wang.
Girls, you haven’t earned the right to put your face with musical icons. Stick to what you know…lip gloss. pic.twitter.com/BhmuUVrDBn
— Sharon Osbourne (@MrsSOsbourne) June 29, 2017
Kendall yang nampaknya sudah belajar daripada kesilapannya bersama Pepsi tampil untuk memohon maaf kepada mereka yang terlibat.
— Kendall (@KendallJenner) June 29, 2017
Bonus daripada anak Ozzy osbourne sendiri, Kelly: