'Kontroversi' Karl Lagerfeld & Dress Karpet Merah Meryl Streep - Glam Malaysia

‘Kontroversi’ Karl Lagerfeld & Dress Karpet Merah Meryl Streep

Meryl Streep dan Javier Bardem semasa The 89th Oscars

Pereka fesyen untuk jenama ternama Chanel, Karl Lagerfeld menyatakan bahawa pelakon dan calon untuk Anugerah Oscars buat kali ke-20 Meryl Streep telah menempah sepersalinan adi busana daripada Chanel untuk dipakainya semasa majlis Anugerah Oscars.

 

Walau bagaimanapun, Chanel menyatakan kepada WWD bahawa pelakon tersebut dikatakan membatalkan tempahannya apabila ditawarkan bayaran oleh satu lagi jenama fesyen.

 

Di mana pihak Meryl terus menafikan dakwaan tersebut kepada THR dan menyatakan bahawa tuduhan itu melanggar kod moral pelakon tersebut dalam menerima bayaran untuk memakai dress di atas karpet merah.

 

Meryl Streep sendiri juga mengeluarkan kenyataan kepada WWD:

Mengenai ‘kenyataan’ Lagerfeld yang tiada ‘kontroversi’: Karl Lagerfeld pereka ternama, memfitnah saya, stylist saya dan pereka terkenal yang saya telah memilih untuk memakai dressnya, dalam satu penerbitan penting dalam industri ini. Penerbitan tersebut menerbitkan fitnah ini, tanpa sebarang pengesahan. Seterusnya, cerita itu menjadi global, dan berterusan secara global, untuk mengatasi penampilan saya di Oscars, sempena pencalonan saya yang ke-20, dan untuk mengaburi penghormatan ini di mata media, rakan sekerja saya dan para penonton. Saya tidak memandang ringan hal ini, dan kenyataan generik Lagerfeld menunjukkan penyesalannya mengenai ‘kontroversi’ ini bukanlah tanda permohonan maaf. Dia telah menipu, mereka menerbitkan penipuan itu, dan saya masih menunggu.

Karl Lagerfeld
Foto: Newscom

Kenyataan Meryl ini dikeluarkan ikutan penjelasan pihak Chanel dan Karl mengenai hal ini:

Chanel telah berhubung dengan stylist Streep, atas permintaanya, untuk mereka dress untuk beliau pakai semasa Academy Award. Selepas satu perbualan tidak rasmi, saya salah faham bahawa  Streep telah memilih pereka lain kerana pembayaran, di mana pasukan Streep telah mengesahkan bahawa maklumat itu tidak benar. Saya menyesal mengenai kontroversi ini dan mengharapkan yang terbaik untuk pencalonan Academy Award ke-20.

So what is the truth here?

See also
Hana Tajima x UNIQLO Kembali Lagi Untuk Koleksi Musim Bunga/Panas