KLFW16: Muzik Video "Flashing Light" - Glam Malaysia

KLFW16: Muzik Video “Flashing Light”

Sempena dengan kehangatan KL Fashion Week 2016, Fashion Valet mempersembahkan muzik video “Flashing Light” hasil kerjasama Perunding Kreatif, Cheah Wei Chun dan KL Fashion Week. Dibintangi oleh Ushera dan Dangerdisko, muzik video ini turut menampilkan Nazim Othman dan juga model dan pereka fesyen yang bakal mempersembahkan koleksi mereka di KL Fashion Week bermula hari ini.
 
Lagu ini dihasilkan oleh Dangerdisko dan liriknya ditulis sendiri oleh Ushera. Muzik video ini diarahkan oleh Cheah Wei Khim.  Rentak lagu yang funky ini mampu membuatkan badan anda bergerak mengikut rentak lagu sepertimana model di dalam muzik video ini begitu handal menunjukkan bakat menari masing-masing.
 
So enjoy you flashing light di KL Fashion Week bermula dari 17 Ogos 2016- 21 Ogos 2016.
 
https://www.youtube.com/watch?v=nY1rgKAmk1k&feature=youtu.be&t=11s