Kisah Demi Moore Kehilangan Dua Giginya Kerana Stress
Pelakon veteran dan calon penerima Anugerah Golden Globe Demi Moore pernah kehilangan dua gigi bahagian depannya kerana stress.
Foto: WENN.com
Baru-baru ini Moore, 55, dijemput sebagai tetamu dalam rancangan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon untuk mempromosikan filem terbarunya Rough Night dan pada masa ini juga dia berkongsikan kisah bagaimana dia boleh kehilangan giginya.
“Kedua-dua gigi depan saya tercabut. Saya nak sangat menyatakan sebabnya adalah kerana menaiki papan luncur atau sesuatu yang lebih cool, tetapi saya merasakan ini sesuatu yang penting untuk saya kongsikan,” mula Moore.
“Kerana saya rasa ia adalah, selepas penyakit jantung, antara pembunuh terbesar di Amerika, yakni tekanan (stress). Tetapi dalam usaha saya untuk berkongsikan semua ini saya memastikan yang gigi saya kelihatan sempurna.”
Apabila ditanyakan bagaimana giginya boleh tercabut, Moore menyatakan bahawa perkara itu berlaku secara tidak sengaja. “Saya tercabut dua gigi saya keluar… Ia seperti tercabut keluar kerana warranty saya sudah tamat. Tetapi terima kasih kepada teknik pergigian moden,” cerita Moore sambil berjenaka.
“Anak-anak saya suka melihat saya tanpa gigi kerana mereka merasakan ia membuat saya tampak lebih terdedah dan manusia.” Moore juga turut berkongsikan sekeping foto yang menampilkan dirinya tanpa dua gigi depannya.
Kenyataan Moore ini disokong oleh sains dan tekanan kepada diri anda boleh memberi kesan kepada kesihatan oral anda. So don’t stress yourselves out, people!