Natalie Portman tampil dalam filem terbaru wangian Miss Dior arahan Anton Corbijn. Melakonkan watak Miss Dior, dia melarikan diri dari perkahwinannya di Paris. Menanggalkan gaun putih Dior Couture yang disarungkannya, lalu mendedahkan gaun pendek strapless hitam anggun. Dia kemudian memanjat tangga sebuah helikopter untuk bersama lelaki juga juruterbang helikopter tersebut. Tonton klip Miss Dior dan pinjam aura bebas Natalie yang diketengahkan ini.