Kerabat Diraja United Kingdom Tidak Menggilakan Takhta
Little did we know yang sebenarnya tiada siapa pun dalam kalangan kerabat di raja United Kingdom yang tergilak-gilakan takhta monarki mereka itu selepas Ratu Elizabeth mangkat, menurut Putera Harry.
Foto: Alpha Press
Pewaris takhta itu menyatakan maklumat ini melalui satu temubual bersama Newsweek yang tidak ada seorang pun dalam kerabat Windsor yang ingin mengambil alih takhta yang dipegang oleh Ratu Elizabeth sekarang walaupun mereka dapat menjadi ketua monarki negara itu.
“Kami kini sedang cuba untuk memodenkan monarki British yang sedia ada. Kami tidak melakukan ini untuk diri kami tetapi untuk kebaikan semua,” terang Putera Harry. “Ada sesiapa daripada kerabat diraja yang ingin menjadi raja ata ratu? Saya rasa tidak, namun kami akan menjalankan tugas kami apabila tiba masanya.”
Putera Harry kini merupakan pewaris ke-lima kepada takhta itu selepas bapanya Charles, Prince of Wales dan abangnya Putera William, Duke of Cambridge. Diikuti oleh kedua-dua anak Putera William dan Kate Middleton.