Kendall Jenner Enggan Menerima Kritikan Tentang Model Millennial

Kendall Jenner Kembali Membidas Kritikan Terhadap Model Generasi Millennial

Debat tentang perbezaan model generasi 90-an dengan barisan model generasi millenial a.k.a model Instagram masih lagi menjadi topik hangat dalam industri fesyen. And Kendall Jenner has something to say about it.

 

Ditemubual oleh teman modelnya sendiri, Cara Delevingne, Kendall percaya model generasi millenial juga bekerja keras sama seperti supermodel-supermodel zaman 90-an seperti Naomi Campbell, Kate Moss, Cindy Crawford, Linda Evangelista, Christy Turlington, dan Claudia Schiffer.

 

Soalan yang diajukan oleh Cara itu adalah “What does it mean to be a supermodel today versus 20 years ago?”

 

“Saya sebenarnya pernah berbincang tentang hal ini dengan beberapa orang wanita, seperti Cindy Crawfors, yang sudah lama berkecimpung dalam kerjaya sebegini. Saya merasakan media sosial memang memainkan peranan dalam membezakan dua zaman ini. Ramai beranggap, ‘Oh, kini ia lebih mudah kerana anda mempunyai Instagram. Anda tidak lagi memerlukan agensi.’ Tetapi ini semua tidak benar. Saya masih lagi perlu pergi ke semua casting, saya perlu bertemu dengan jurufoto, saya perlu melakukan semua itu untuk capai ke tahap ini. Tidak ada langkah yang saya langkau hanya kerana saya ada media sosial. Saya juga bekerja untuk 12 jam sehari, kadang-kadang sepanjang hari; saya masih lagi perlu melakukan semua itu. Usaha kami tidak kurang dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh model-model 90-an waktu itu,” jawab Kendall.

See also
British Fashion Award 2016 Meraikan Dunia Fesyen

 

Kendall juga merasakan walaupun dia bekerja keras untuk sampai ke tahap ini, dia juga terpaksa mengorbankan banyak perkara yang jarang dikorbankan oleh seseorang yang berusia 22 tahun. “I’ve had to grow up pretty fast and deal with situations most 22-year-olds aren’t really put into. There are days and weeks and months when you just don’t stop.”

 

Menurut Vogue Australia, temubual Kendall ini juga berkaitan dengan temubual antara WWD bersama Yolanda Hadid, ibu kepada Gigi dan Bella Hadid if you didn’t know, namun instead of mengutuk penggunaan media sosial, Yolanda mengagumi impak yang jelas kerana zaman serba baru ini.

 

When I was modeling, I had to live in every city — in Milan, in Paris, in New York, I was in Sydney and Tokyo — and spend six months there to actually go in person with my portfolio and meet clients and get jobs. Today, [social media is] free advertising and it’s global. It’s a connection to the world in a split second.”

See also
Gigi Hadid Belasah Bekas Wartawan

 

Apakah pendapat anda pula perihal isu ini?