Kendall dan Kylie Jenner Disaman Kerana Koleksi Vintaj mereka - Glam Malaysia

Kendall dan Kylie Jenner Disaman Kerana Koleksi Vintaj mereka

Baru sahaja minggu lalu adik-beradik Jenner, Kendall dan Kylie, diugut saman oleh keluarga dan juga wakil artis-artis yang imej mereka digunakan oleh Jenner tanpa kebenaran buat koleksi baju-T vintaj yang dikritik teruk oleh pihak umum.

 

Kali ini seorang jurufoto pula tampil untuk menyaman Kendall dan Kylie kerana menggunakan fotonya tanpa kebenaran walaupun mereka sudah menarik balik koleksi tersebut sebelum sempat dijual.

 

Michael Miller, seorang jurufoto dari Los Angeles, telah memfailkan kes pelanggaran hak cipta kerana mereka telah menggunakan foto Tupac yang diambilnya.

 

Menurut Billboard Miller tidak mempunyai sebarang niat untuk bekerjasama dengan Kendall atau Kylie dengan menggunakan hasil kerjanya sendiri. Namun mereka telah “menyalahgunakan dan mengeksploitasi sekurang-kurangnya dua foto mendiang artis hip-hop Tupac Shakur dalam koleksi mereka.”

 

Tuntutan Miller juga menyatakan bahawa Jenner tidak meminta kebenarannya langsung untuk menggunakan kerjanya untuk keuntungan mereka sendiri.

 

Baju-T yang dijual pada harga $125 sepasang itu telah menggunakan imej beberapa artis terkenal industri muzik dan ditambah dengan imej Kendall dan Kylie ataupun logo K + K.

See also
Gaya Selebriti Bersama MCM

 
[envira-gallery id=”68263″]