La Maison Yves Saint Laurent baru mengeluarkan kempen terbaru mereka untuk koleksi terbaru mereka untuk musim bunga/panas 2017. Ini juga merupakan ‘persembahan’ pertama pengarah kreatif jenama YSL, Anthony Vaccarello.
Kempen yang diberi tajuk #YSL04, memaparkan barisan model-model yang sedang mengukir nama mereka dalam industri fesyen seperti Selena Forrest, Hiandra Martinez dan juga kegemaran ramai Freja Beha Erichsne yang boleh didengari membaca kata-kata daripada Andy Warhol dengan Simfoni Beethoven #7 mengiringinya.