Kecilikkan Barrack Obama Yang Tidak Diketahui Umum!
The once most powerful man in the world repeats his outfits?
Michelle Obama memecahkan “rahsia” bahawa suaminya, Barack sering kali mengulang pakaian formal beliau ketika ke acara-acara rasmi. Michelle kongsikan “rahsia” itu ketika ucapan beliau di Worldwide Developers Conference pada 6 Jun yang lalu. Michelle membongkarkan bahawa lelaki paling berkuasa di dunia suatu ketika dahulu itu memakain tuxedo yang sama ketika menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Lepasan Harvard Universiti itu juga ketengahkan dilema pilih kasih antara desyen wanita dan lelaki. “Kini, ramai mengambil gambar akan apa saya pakai, gelang tangan, rantai, semuanya. Selama 8 tahun, mereka tidak pernah beri komen terhadap pakaiannya [Barrack], walaupun beliau mengenakan tuxedo dan sepatu yang sama!”, kata Michelle.
Michelle juga berkata tentang Acara Makan Malam State 2015, iaitu ketika beliau membetulkan tali leher Barrack. Bila ditanyakan mengapa beliau berbuat demikian, Michelle menjawab, ” Kami sedang berdiri [di hadapan pintu utama], sambil menunggu kereta presiden dari negara lain [China] bersama isterinya, dan saya seperti kebosanan. Jadi saya fikir, “Biar saya pastikan suamiku kelihatan tampan.”” Aww indeed!