Katie Holmes Sudah Tidak Single Lagi Selepas 5 Tahun Bercerai - Glam Malaysia

Katie Holmes Sudah Tidak Single Lagi Selepas 5 Tahun Bercerai

A new couple is born!

 

Pelakon Katie Holmes dan Jamie Foxx akhirnya mengumumkan hubungan mereka secara rasmi  melalui penampilan bersama mereka di pantai Malibu. Pengesahan ini dilakukan selepas spekulasi daripada pihak media semenjak awal tahun ini.

 

Beberapa laporan menyatakan bahawa mereka telah mula menjalinkan hubungan semenjak tahun 2013 lagi, setahun selepas Holmes vercerai dengan suaminya Tom Cruise. Namun hubungan mereka tidak boleh menjadi pengetahuan umum dek kerana perjanjian perceraian antara Holmes dan bekas suaminya. Pernjanjian itu menyatakan Holmes tidak dibenarkan untuk menjalinkan hubungan secara terbuka selama tempoh yang telah ditetapkan. Jealous much, Tom?

 

Foto Shahar Azran/WireImage

Sebelum ini mereka sering menjelaskan hubungan mereka “sekadar rakan sahaja,” walaupun sekeping foto mereka berpegang tangan secara mesra dalam sebuah studio rakaman pernah tersebar.

 

Kedua-duanya juga merupakan ibu bapa di mana Holmes adalah ibu kepada Suri Cruise, 11, manakala Foxx pula bapa kepada dua orang anak perempuan Corinne, 23, dan Annalise, tujuh.

See also
10 Tip Kembara Cantik

 

Video di SINI.