Jurufoto Perancis Disaman Putera William dan Kate Middleton - Glam Malaysia

Jurufoto Perancis Disaman Putera William dan Kate Middleton

Duke and Duchess of Cambridge Putera William dan Kate Middleton telah memfailkan saman dan ganti guri sebanyak $1.9 juta terhadap beberapa jurufoto yang terlibat dengan pengambilan gambar Kate secara rahsia tanpa baju sewaktu dia sedang bercuti dengan Putera William di Paris pada tahun 2012.

 

Foto: Alan Davidson/SilverHub/REX/Shutterstock

Foto itu kemudiannya diterbitkan oleh sebuah tabloid Perancis, Closer manakala terbitan daerah La Provence pula menggunakan gambar Kate dalam bikini.

 

Pihak istana telah pun memohon injuksi terhadap foto-foto tersebut tetapi mereka tidak sempat untuk menyekat penyebaran foto-foto itu.

 

“Insiden ini merupaka peringatan kepada tindakan berlebihan pihak media dan paparazzi ketika Diana, Princess of Wales, masih hidup dan ini membuatkan Duke dan Duchess of Cambridge lebih sedih,” seorang jurucakap mengeluarkan kenyataan.

 

Walau bagaimanapun peguam pembela jurufoto-jurufto tersebut merasakan bahawa tindakan Istana untuk melakukan ini adalah tidak musabah kerana ini bukan satu kes yang benar pun.

See also
GLAM Deko PROMOSI - Jun 2016

 

“Saya dan isteri saya berfikir bahawa kami boleh ke Perancis untuk beberapa hari di sebuah vila peribadi milik keluarga saya bagi menikmati privasi kami. Cara tidak senonoh foto-foto ini diambil mengejutkan kami dan juga menganggu privasi kami,” ucap Putera William dalam satu kenyataan di mahkamah.

 

Keputusan mahkamah akan dibuat pada 4 Julai ini so we’ll see.