Jessica Chastain Tied The Knot Di Itali - Glam Malaysia

Jessica Chastain Tied The Knot Di Itali

Jessica Chastain berkahwin dengan teman lelakinya Gian Luca Passi de Preposulo selepas lima tahun bersama.

 

Foto: MT-MS/CIAO PIX

Majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah estet yang menempatkan Villa Tiepolo Passi (milik keluarga suami Chastain) pada 10 Jun yang lalu yang dihadiri oleh beberapa sosialit Itali dan rakan-rakan selebriti Chastain seperti Anne Hathaway bersama suaminya dan Emily Blunt.

 

Villa Tiepolo Passi

Keluarga Passi de Perposulo merupakan sebuah keluarga aristokrat dengan gelaran count dan countess, namun Itali tidak lagi mengenali mereka secara rasmi sebagai keluarga diraja Itali yang terdahulu.

 

Rakan-rakan serta sanak saudara menuju ke selatan Itali untuk menyaksikan pertukaran ikrar antara Chastain yang mengenakan dress putih bersulam buatan khas oleh Recardo Tisci dan Passi de Preposulo dalam sut berona biru gelap.

 

Foto: MT-MS/CIAO PIX

Passi de Perpoluso memegang jawatan di Moncler di mana dia menguruskan jabatan selebriti dan acara. Sebelum ini dia pernah menjawat jawatan pengarah perhubungan awam di Giorgio Armani.

See also
Hatta Dolmat Ready-to-Wear

 

Congrats to Jessica and Gian Luca!