Janet Jackson Bersuara Mengenai Penceraiannya Dan Juga Pengumuman Baru - Glam Malaysia

Janet Jackson Bersuara Mengenai Penceraiannya Dan Juga Pengumuman Baru

Hampir sebulan yang lalu, Janet Jackson dilaporkan akan berpisah dengan suaminya Wissam Al Mana hanya tiga bulan selepas kelahiran cahaya mata sulung mereka, Eissa Al Mana.

 

Beberapa sumber melaporkan bahawa perpisahan mereka adalah akibat percanggahan budaya yang sukar untuk diterima oleh kedua-dua belah pihak.

 

Jackson juga telah berkongsikan sekeping foto di akaun Instagramnya bersama Eissa buat kali  selepas berpisah dengan Al Mana. Baru-baru ini pula, Jackson bekrongsikan pula sebuah video melalui akaun Youtube-nya.

 

Dia menyapa peminat-peminatnya dengan penuh mesra dan memberikan update mengenai keadaan Eissa sebelum meluahkan perasaanya buat kali pertama mengenai perpisahannya bersama Al Mana.

 

Foto: Lia Toby/WENN.com

“Mesej ini sepatutnya mengenai perkara yang lain, tetapi saya akan bercakap mengenai itu sebentar lagi. Saya hanya mahu menjadi jujur dengan anda semua sekejap. Ya, saya sudah berpisah dengan suami saya. Kami berurusan dengan mahkamah dan selebihnya di tangan tuhan.”

 

See also
Liam Hemsworth dan Miley Cyrus Batalkan Perkahwinan

Selepas itu dia mengumumkan niat sebenarnya dia memuat naik video tersebut: Dia bakal meneruskan konsert jelajahnya mulai September ini. Jakcson juga telah menukar nama konsert jelajahnya kepada ‘State of The Wolrd Tour.’

 

“Ia bukan mengenai politik, ia berkenaan dengan orang ramai, dunia, hubungan dan kasih sayang.. Saya tidak sabar untuk berjumpa anda semua 7 Septemebr ini.”