Insiden Rompakan Kim Kardashian West Di Paris Telah Mengubah Dirinya - Glam Malaysia

Insiden Rompakan Kim Kardashian West Di Paris Telah Mengubah Dirinya

Insiden rompakan yang menimpa Kim Kardashian West pada Oktober tahun lalu di mana dia diikat dan kehilangan hampir $10 juta barang kemas sewaktu berada di Paris telah membuatkan ibu kepada North dan Saint West itu berubah.

 


 

Selepas menceritakan pengalaman pahit itu buat kali pertama menerusi rancangan Keeping Up With The Kardashians dalam satu episod yang penuh emosi, Kardashian West berkongsi pula pengajaran yang dia telah terima melalui insiden tersebut dengan The Ellen DeGeneres Show.

 

Sewaktu membuat kemunculan di rancangan popular itu, Kardashian West menyatakan dia seorang individu yang berbeza sekarang dan mengaku bahawa dia telah berfikir kebarangkalian dia akan meninggalkan dunia sewaktu rompakan tersebut.

 

“Ia bukanlah satu rahsia, anda menyaksikan sendiri dalam rancangan tersebut saya berpakaian mewah. Saya sangat materialistik sebelum ini–bukan niat saya untuk memburukkan mereka yang bekerja keras untuk mengecapi kemewahan, dan saya berasa sangat bangga dengan mereka yang berjaya di sekeliling saya dan saya juga berasa lega yang anak-anak saya mengenali diri saya yang sekarang. Dan diri saya yang inilah yang akan membesarkan mereka. Kerana saya sudah tidak pedulikan lagi benda-benda sebegitu lagi,” luah Kardashian West kepada DeGeneres.

See also
Rahsia Almari Siti Saleha

 

Kardashian West juga mendedahkan bahawa perompak-perompak tersebut sudah mengikutinya selama dua tahun sebelum mengambil tindakan untuk merompaknya di Paris.

 

Dia juga kini memasang beberapa orang pengawal peribadi ketika dia mengembara ke negara lain untuk menjaga keselamatannya sepanjang dia berada di sesuatu lokasi.

 

“Saya sejujurnya tidak tahu jika saya akan merasa selesa, saya juga tidak tahu jika saya akan memakai barangan perhiasan lagi selepas insiden tersebut.”