Indie Beauty Brand of The Year Dianugerahkan Kepada Kylie Cosmetics - Glam Malaysia

Indie Beauty Brand of The Year Dianugerahkan Kepada Kylie Cosmetics

 

Tahun 2016 ini memang tidak asing lagi dengan nama anak bongsu keluarga Kardashian/Jenner, Kylie Jenner dan perniagaannya yang mendapat perhatian umum Kylie Cosmetics.

 

Kylie yang melancarkan Kylie Cosmetics pada 2015 bermula hanya dengan Lip Kits yang juga menjadi popular dalam kalangan peminat alat-alat solek dan juga selebriti-selebriti Hollywood yang juga melonjakkan populariti Kylie Cosmetics.

 

 

Dengan semua kejayaan yang telah dikecapi WWD telah melaporkan bahawa Kylie Cosmetics telah dinamakan sebagai Indie Beauty Brand of The Year.

 

Lip Kits Kylie memainkan peranan yang penting dalam kejayaannya untuk merangkul gelaran ini. Produk-produk yang dikeluarkan oleh Kylie Cosmetics selalunya laris tetapi apa yang memainkan peranan lebih besar adalah strategi yang digunakan Kylie Cosmetics.

 

 

Strategi yang mereka gunakan di Kylie Cosmetics adalah dengan mengeluarkan setiap produk untuk masa yang terhad dan peminat-peminat akan menyapu licin setiap kali Kylie Cosmetics negeluarkan produknya.

 

What else do you have install for us, King Kylie?

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid