Iklan Kesedaran Pepsi Bersama Kendall Jenner Membuat Netizen Berang - Glam Malaysia

Iklan Kesedaran Pepsi Bersama Kendall Jenner Membuat Netizen Berang

Hanya sehari selepas Pepsi mengeluarkan iklan terbaru penuh kontroversi mereka bertajuk “Live For Now Moments Anthem” yang menampilkan model Kendall Jenner, mereka telah menarik balik video tersebut dan memohon maaf kepada orang ramai.

 


 

Pepsi telah dikecam oleh orang ramai kerana walaupun mesej yang cuba disampaikan cuba menyentuh isu-isu yang sedang dihadapi oleh golongan tertentu di Amerika Syarikat dan juga penglibatan Jenner.

 

Orang ramai melihatnya seperti Pepsi sebenarnya tidak mengambil serius mengenai gerakan Black Lives Matter dan juga keganasan polis yang sering dihadapi oleh komuniti berkulit hitam di Amerika.

 


Dalam iklan tersebut, Jenner dilihat sedang menjalani sesi penggambaran apabila dia mula perasan orang ramai yang sedang menunjuk perasaan lalu dihadapannya. Jenner lantas mencabut rambut palsunya lalu menuju ke arah kumpulan tersebut untuk menyertai mereka. Selepas itu Jenner dengan tenangnya mengambil satu tin Pepsi lalu memberinya kepada pihak polis yang berada di situ untuk menenangkan keadaan yang tegang.

See also
Donna Karan Undur Diri

 

Tunjuk perasaan bukanlah fenomena baru di Amerika dengan Women’s March yang diadakan awal tahun ini, gerakan Black Lives Matter, tunjuk perasaan untuk polisi larangan perjalanan Presiden Trump dan banyak lagi.

 

Situasi yang ditunjukkan oleh Pepsi ini yang menjadi punca amarah orang ramai mengenai iklan ini dan menganggap Pepsi sebagai sebuah syarikat yang tidak sensitif dan tidak menghormati orang lain.

 

Dalam kenyataan rasmi mereka, Pepsi menerangkan bahawa mereka cuba untuk menyampaikan mesej secara global mengenai perpaduan, keamanan dan pemahaman dan mereka mengaku yang jelas sekali mesej mereka itu tersasar.

 

“Kami memohon maaf. Kami tidak berniat untuk mengambil ringan satu isu yang serius. Kami akan menurunkan konten tersebut dan menghentikan sebarang pengeluaran baru. Kami juga memohon maaf kerana meletakkan Kendall Jenner dalam posisi ini.”

See also
Letupan Ikutan Konsert Ariana Grande Mengorbankan 19 Orang