Menerusi laman Tumblr milik penyanyi itu, dia membuat pengumuman yang agak mengejutkan bahawa ibunya disahkan menghidap kanser baru-baru ini.
Menurut Taylor, dia serta abangnya meminta ibu mereka untuk berjumpa doktor bagi memeriksa tahap kesihatannya. Walau ibunya berada dalam keadaan sihat sebelum ini, namun hasil pemeriksaan mendapati dia menghidap kanser.
Ibu Taylor sendiri yang mahu berita itu disebarkan supaya orang ramai boleh mengambil iktibar akan perkara itu dengan meminta ibu bapa mereka di luar sana supaya melakukan pemeriksaan doktor. Ianya mungkin boleh membantu mengesan kanser di peringkat awal seterusnya memudahkan rawatan.
Taylor turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana mengambil berat akan perihal keluarganya sehingga membuka hati ibunya untuk berkongsi kisah perjuangan itu. Dia turut berharap bahawa peminatnya tidak akan menerima khabar yang sama.