Use your ← → (arrow) keys to browse
Menang! 14 x Baucar Mandara Spa bernilai RM 6,435 kesemuanya
Segarkan Tubuh dan Minda di Mandara Spa
Nama Mandara berasal dari legenda Sanskrit kuno khas untuk mencari penawar keabadian dan rahsia kekal muda. Mandara Spa turut mengilhamkan legenda ini dengan rawatan spa yang unik dan eksotik dengan menggunakan teknik yang menerapkan aura kerohanian serta semangat pada diri.
Sejak ditubuhkan dikepulauan Bali, Mandara merangkumi falsafah seni penyembuhan kuno yang diwariskan dari generasi ke generasi. Teknik urutan adalah penting di Bali kerana ia adalah sebahagian daripada sistem penjagaan diri harian. Teknik urutan Mandara Spa ini adalah untuk mengembalikan keseimbangan dan kesejahteraan diri.
Hari ini Mandara Spa boleh didapati di negara-negara Timur dan juga Barat. Penggabungan pelbagai budaya untuk membentangkan panorama yang indah dapat menawarkan rawatan yang cukup eksotik. Mandara Spa menawarkan tiga bahagian yakni yang pertama, rawatan daripada Bali dimana ia diilhamkan daripada Asia sebagai penghormatan kepada warisan Asia. Keduanya diilhamkan oleh masyarakat peribumi dan ketiga adalah rawatan yang diilhamkan oleh hotel atau resort itu sendiri. Walaupun rawatan spa mungkin berbeza dari lokasi ke lokasi, kesemua Mandara Spa adalah untuk memfokuskan kepada kecantikandan awet muda.