GLAM PROMOSI - JULAI 2017 - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

GLAM PROMOSI – JULAI 2017

Tempoh penyertaan : 1 - 31 Julai 2017

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
 Menang!
3 x penginapan di Swiss Garden Beach Reasort Kuantan Pahang bernilai RM 6,400 kesemuanya

Rehatkan Minda Dari Kesibukan Kota

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan yang terletak di pantai Balok, berhadapan dengan perairan Laut China Selatan di Semenanjung Malaysia, menawarkan keanggunan abadi dengan sentuhan moden kontemporari. Swiss-Garden Beach Resort menyediakan 304 bilik dilengkapi dengan kemudahan moden dan turut menerapkan konsep tradisional sekaligus mencerminkan warisan budaya negeri Pahang Darul Makmur.

 

Semua bilik tamu dilengkapi dengan balkoni yang menghadap pantai dengan membentangkan panorama Laut China Selatan. Pilihan penginapan di resort terdiri daripada bilik deluxe yang luas atau bilik suite yang lebih besar. Keluarga anda dapat menikmati bilik keluarga yang luas dengan menyambungkan dua bilik. Bilik ini direka khas untuk menampung empat orang dewasa.

 

Executive Suite kami memberi peluang kepada anda untuk memanjakan diri di jakuzi peribadi sambil menikmati perkhidmatan penghantaran makanan ke dalam bilik. Nikmati hidangan masakan dari Garden Terrace Coffee House, di mana anda akan dihidangkan dengan hidangan à la carte. Menu yang ditawarkan adalah masakan tempatan dan antarabangsa. Istimewa kami juga menyediakan hidangan oriental di Halal Chinese Restaurant Blossom. Untuk minuman petang, anda boleh menikmati snek dan kek bersama rakan-rakan dengan secawan kopi atau teh di Swiss Deli.

See also
Princess Leia a.k.a Carrie Fisher Meninggal Dunia

 

Anda juga dapat menghiburkan diri di Malibu Pub dengan pilihan pelbagai minuman koktel. Di samping itu anda juga dapat memanjakan diri dan mendapat rawatan kecantikan di Samsara Spa, konsep tradisional Bali. Rawatan spa kami terdiri daripada Samsara Signature, Samsara Thai Herbal, Samsara Thai, Samsara Tradisional dan lain-lain.

 

Click here if you have issue accessing the promo form above