Siapa sahaja yang tidak mengidamkan gaun perkahwinan mereka dihiasi oleh kristal-kristal mewah Swarovski? Pewaris kepada jenama perhiasan terkenal itu, Victoria Swarovksi, did just that.
Foto: Chris Singer / Johannes Kernmauer
Victoria, 23, telah selamat mengahwini tunangnya Werner Mürz dalam satu majlis mewah di Itali dan apa yang menarik perhatian ramai adalah gaun yang dikenakan oleh pengantin perempuan itu.
Foto: Chris Singer / Johannes Kernmauer
Dia telah mengenakan gaun buatan khas oleh Michael Cinco bernilai $1.3 juta. Gaun menawan itu turut dihiasi dengan 500,00 biji kristal Swarovski menyebabkan beratnya berjumlah 46 kilogram. Disertakan bersama train berukuran lapan meter.