Kate Middleton dan Putera William di Gandhi Smriti. Gambar: TPGVIP
Pasangan Diraja kesayangan ramai, Putera William dan Kate Middleton terbang ke India bermula Ahad lalu sempena lawatan selama seminggu ke negara eksotik sarat tradisi itu.
Lawatan penuh aktiviti itu turut menyaksikan Duchess of Cambridge menyarungkan dress pelbagai gaya. Dari gaun ala Bollywood ilham Jenny Packham hingga ke dress cetak digayakannya ketika bermain cricket, GLAM himpunkan kesemua momen fesyennya di sana.