Forbes Celebrity 100 2017 Hanya Menampilkan 16 Orang Selebriti Wanita - Glam Malaysia

Forbes Celebrity 100 2017 Hanya Menampilkan 16 Orang Selebriti Wanita

Forbes telah mengeluarkan senarai 100 selebriti dengan jumlah pendapatan tertinggi dan jurang pendapatan antara selebriti wanita dan lelaki adalah amat nyata even though kita kini berada di tahun 2017.

 

Apa yang mengagumkan lagi adalah daripada 100 selebriti yang tersenarai, hanya 16 orang sahaja selebriti wanita yang tersenarai. Malah tiada seorang pelakon wanita seperti Emma Stone, Emma Watson, Jennifer Lawrence, Charlize Theron, dan juga Angelina Jolie berjaya memasuki senarai tersebut.

 

Walaupun selebriti seperti Jennifer Lopez, Rihanna, Amy Schumer juga berkecimpung dalam dunia lakonan, namun berlakon bukanlah punca pendapatan utama bagi mereka ini.

 

Forbes sendiri melaporkan yang ketidak seimbangan antara jantina dalam senarai ini mencerminkan jurang pendapatan antara jantina dalam apa jua industri sekalipun.

 

Check out senarai 10 selebriti wanita teratas yang berjaya memasuki senarai ini untuk tahun 2017.

1 of 10

Beyoncé ($105 juta)

 

Menduduki tangga kedua dalam senarai 100 ini, pendapatan Beyoncé untuk tahun 2017 majoritinya adalah hasil daripada konsert jelajahnya: Formation. Album ke-6 Beyoncé “Lemonade” juga membantu menyumbang kepada jumlah pendapatan keseluruhannya.

 

Dia juga memiliki laman streaming Tidal bersama suaminya Jay-Z.