Fendi Sambut Ulang Tahun Ke-90 Menerusi Pentas Haute Fourrure Di Rome

Fendi Sambut Ulang Tahun Ke-90 Menerusi Pentas Haute Fourrure Di Rome

Oleh: Mujahid Saddam

 

KL+SVF1Karl Lagerfeld and Silvia VenturiniFendi. Gambar: Fendi

 
Tanggal 7 Julai 2016 bakal menyaksikan suatu lagi pencapaian hebat buat label fesyen dari Itali, Fendi, apabila akan mementaskan pertujukan fesyen unik Haute Fourrure buat kali kedua.
 
Memilih Rome sebagai destinasi dimana bermulanya label Fendi, pentas fesyen yang memfokuskan terhadap ceraian fur itu turut dianjurkan bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-90 label tersebut. Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Fendi, Pietro Beccari, “Pertunjukan fesyen Haute Fourrure di Rome merupakan cara terbaik bagi menyambut ulang tahun ke-90 Fendi kerana ia memancarkan nilai estetika dan DNA Fendi yang disulam bersama kreativiti serta ketukangan hebat fur.”
 
Diasaskan di Rome, butik pertama Fendi dibuka pada tahun 1926 di Via del Plebiscito serta turut mempunyai fur atelier serta bengkel barangan kulit. Sehingga kini, Fendi merupakan satu-satunya rumah fesyen mewah yang memiliki fur atelier di mana berhimpunnya artisan-artisan hebat menggarap kemahiran mereka dalam karya rekaan Karl Lagerfeld.
 
 

See also
Pasangan Clooney Welcomes Ella dan Alexander Clooney