Fazura Sudah Mendapat Restu Keluarga Fattah Amin?

Fazura Sudah Mendapat Restu Keluarga Fattah Amin?

Selepas kejayaan drama bersiri “Hero Seorang Cinderella” hubungan antara Fattah Amin dan Fazura dilihat semakin erat. Malah aksi yang ditunjukkan oleh Fattah Amin selepas pertunjukan fesyen Fazura di Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini juga menguatkan lagi naluri peminat mengatakan hubungan mereka sudah semakin serius.

 

Fattah Amin pula telah mengeluarkan kenyataan yang bisa membuatkan peminat-peminat menangis kegembiraan dan terharu dengan pengakuannya bahawa dia sudah pun membawa Fazura berjumpa dengan keluarganya buat beberapa kali. Tambahan pula mereka menerima kehadiran Fazura dalam kehidupan Fattah dengan baik.

 

“Sebenarnya sudah beberapa kali Fazura berjumpa dengan keluarga saya dan terbaharu malam ini (semalam). Setakat ini keluarga saya terutama ibu tiada masalah dan menerima Fazura dengan baik,” jelas Fattah kepada Astro Gempak.

 

Fazura juga telah membawa Fattah untuk berjumpa dengan keluarganya dan keluarganya juga sudah menerima Fattah seadanya.

 

Tanggal 27 September ini juga merupakan ulang tahun kelahiran Fazura dan Fattah berserta pihak pengurusannya telah bersamas-sama menyambut hari istimewa Fazura yang turut dihadiri oleh kelab peminat mereka, Fattzura.

See also
Ahli Sukan Muslim Mempertahankan Produk Nike Pro Hijab

 

Selain itu, ahli keluarga Fattah juga turut hadir untuk memeriahkan majlis tersebut dan Astro Gempak juga melaporkan yang hubungan Fazura dengan kelaurga Fattah kelihatan sangat erat.