Ternyata kecederaan di kaki tidak menghalang aktres Games of Thrones, Emilia Clarke untuk tampil menawan sewaktu jelajah promosi filem terbaru lakonannya, Terminator Genisys.
Walau memerlukan sokongan tongkat tika berjalan, dia tetap komited untuk tampil chic menjelajah dunia bagi memenuhi komitmen filem aksi itu. Dari Balenciaga hingga ke Calvin Klein, dia tampil sempurna malahan sempat memotong rambut panjangnya ke potongan lob!
Menyarung persalinan Balenciaga sewaktu di tayangan perdana Terminator Genisys di Eropah.
Tetap chic dalam dress Marc Jacobs ketika di Paris.
Ketika menghadiri temu bual di sebuah stesen radio di London.