Setelah memperagakan jenama Victoria’s Secret Pink selama dua tahun berturut-turut, Elsa Hosk akhirnya mengikat kontrak sebagai Victoria’s Secret Angel!
Berita itu disahkan sendiri oleh agensi di bawah naungannya iaitu IMG Models. Mempunyai rambut blonde serta mata biru bersinar, peragawati dari Sweden ini bakal menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Karlie Kloss, Doutzen Kroes dan Lindsay Ellingson selepas kontrak mereka tamat.
Sebelum ini Elsa pernah memperagakan pelbagai jenama besar seperti Dior, Dolce & Gabbana dan Guess. Dia turut berjalan di pentas Victoria’s Secret sejak tahun 2011.