Presiden Barack Obama baru sahaja mengacarakan majlis Presidential Medal of Freedom buat kali terakhir di White House baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa kesemua 21 penerima anugerah ini yang terdiri daripada pelakon, ahli sukan, pemuzik dan ramai lagi merupakan individu-individu yang menarik dan berhak diberi penganugerahan.
Anatara penerima anugerah tersebut adalah pelawak dan pengacara TV Ellen DeGeneres yang hadir bersama pasangannya Portia de Rossi. Ellen amat terkenal sebagai seoarang pengacara rancangan talk shownya dan sangat terbuka dengan orientasi seksualnya.
Presiden US Barack Obama menganugerahkan pelawak Ellen DeGeneres dengan Presidential Medal of Freedom
Sementara berada di dalam White House, Ellen turut sempat melakukan mannequin challenge yang sekarang viral di laman sosial.