Dua Wanita Pertama Dunia Completely Ignored Donald Trump - Glam Malaysia

Dua Wanita Pertama Dunia Completely Ignored Donald Trump

Salah satu tugas Presiden Trump sebagai pemimpin Amerika Syarikat adalah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin negara lain untuk mengekalkan serta mengeratkan hubungan diplomatik namun when it comes to Trump perjumpaan sebegini bukanlah satu perkara biasa.

 

Selain dikenali dengan tabiatnya salamnya yang unik, Trump juga dikenali dengan sifatnya yang sering memandang rendah kepada golongan wanita. Namun pada minggu ini, dua wanita pertama gave him a taste of his own medicine.

 

Hero pertama kita adalah wanita pertama Poland, Agata Kornhauser-Duda, dalam satu pertemuan dengan Trump bersama suaminya Presiden Andrzej Duda.

 

Sewaktu mereka sedang bertegur-sapa Kornhauser-Duda, who looks amazing in that neon pink, menghulurkan tangannya kepada Trump sebelum dia mengelak dan berjabat tangan dengan Melania Trump.

 

Sewaktu bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Trump berkesempatan untuk menyapa dan berjabat tangan dengan wanita pertama Perancis Brigitte Macron. Trump menarik tangan Brigitte sebelum menyatakan yang dia “beautiful” dan “in such good shape.” Dia juga pernah menolak tangan canselor Jerman Angela Merkel sewaktu mereka bertemu di White House sebelum ini.

See also
Top 10 Model Paling Popular Di Instagram Untuk Tahun 2017

 

Wanita kedua yang menjadi idola kami pada minggu ini adalah Akie Abe, isteri kepada Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe. Sepanjang majlis itu, Trump ditempatkan di sebelah Abe dan dia menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan wanita tersebut.

 

Trump memberitahu New York Times bahawa Abe merupakan seorang wanita yang hebat namun tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. 

 

Little did he know bahawa Abe berupaya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih dan dia sebenarnya enggan berbual dengan Trump pada masa itu. Abe boleh dilihat memberikan ucapan dalam bahasa tersebut dengan kerap.

 

Trump meluangkan hampir satu jam cuba untuk berbual dengan Abe pada malam tersebut.

 

Saksikan himpunan klip cara Trump berjabat tangan dengan pemimpin negara lain: