Selain Kemunculan Berlian $7.8 Juta Saksikan Momen Lain Di MTV EMA

Detik-Detik Mengagumkan Sewaktu MTV EMA 2017

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ahad lepas (waktu London) dunia telah menyaksikan secara langsung acara tahunan MTV EMA 2017 dan meraikan juga kejayaan artis-artis yang diberi penghargaan mengikut kategori masing-masing.

 

Rita Ora selaku pengacara MTV EMA 2017 mengenakan baju mandi dan tuala dengan aksesori bernilai $7.8 juta.

Berlangsung di London SSE Arena, Wembley pada tanggal 12 November yang lalu, barisan artis telah diberi pengiktirafan yang tinggi sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan karya mereka dalam industri muzik antarabangsa.

 

Penerima anugerah bagi setiap kategori adalah menerusi undian peminat dan pada malam itu juga masyarakat global menyaksikan penyanyi lelaki popular Shawn Mendes diberi penganugerahan besar untk kategori Lagu Terbaik dengan lagunya ‘There’s Nothing Holding Me Back.’

 

Selain kemenangan besar Shawn, terdapat beberapa lagi momen-momen yang memukau mereka yang menonton scara langsung mahupun melalui kaca TV dan secara tidak langsung membuatkan dunia Internet menjadi gila dek kerana momen-momen ini.

See also
OBSESI GLAM: Azura Mazaruddin

 

GLAM kongsikan momen yang anda harus ketahui jika anda terlepas MTV EMA tahun ini. Klik seterusnya.