DATIN X: Positif Covid-19, Pecah Tembelang Dato’ Seri Berbini Dua - Glam Malaysia
DATIN X: Positif Covid-19, Pecah Temberang Dato’ Seri Berbini Dua

DATIN X: Positif Covid-19, Pecah Tembelang Dato’ Seri Berbini Dua

Satu keluarga positif Covid-19, benarkah virus ini datangnya dari Nina, gadis berasal dari Golok, isteri muda Dato’ Seri Hairi?

Terma BMW (Black-Market-Wife) bukan suatu yang asing bagi mereka yang sering menyorok kehadiran isteri muda dari pengetahuan isteri yang tua. Dahulu, mungkin mudah untuk menyimpan rahsia sebegini. Anda terselamat bila tiada aplikasi jejak lokasi yang harus anda install pada telefon pintar. Kini, setiap langkah kita dicatat dalam aplikasi MySejahtera, nak padam bukan main payah. Pendek cerita, kalau ada yang pakar bab padam memadam ini, dia memang handal lah!

Pasangan yang punya masalah trust issue sememangnya mengambil kesempatan atas kewujudan aplikasi ini. Ada baik dan buruknya juga, bukan? Selain dapat menjejak dari mana virus Covid-19 datang, anda juga boleh melihat pergerakan harian yang tersayang. Termasuklah jika anda mahu menjejak lokasi anak remaja yang kian membesar.

Panjang mukadimah Datin X. Namun apa yang mahu Datin X kongsikan buat edisi bulan ini berkisar dari aplikasi yang popular digunakan kini. Pernah Datin X disoal, “Bagaimana nak padam history  MySejahtera?” Sejujurnya, Datin X tak pernah terfikir tentangnya kerana tiada alasan untuk Datin X padam. Bagi Datin X ia pointless kerana kita menggunakan aplikasi ini setiap hari untuk menjejak dan memberitahu kontak rapat jika kita adalah salah seorang pesakit Covid-19.

See also
Tempahan Awal Peranti Samsung Dibuka Sehingga 21 September Ini!

Pautan berkaitan: Datin X: Terjeratnya Cinta Dusta Si Penunggang Agama

Dato’ Seri Hairi, figura ternama dan dihormati. Isterinya, Datin Seri Leila sering menunjukkan keakraban mereka di media sosial. Saling berpegangan tangan, berkucup manja dan tidak lupa menghadiahkan barangan berjenama tiap kali menyambut ulang tahun kelahiran dan perkahwinan. Kalau sebelum pandemik, pusing satu dunia itu adalah rutin bulanan mereka. Datin X sendiri mengakui ada sedikit rasa cemburu bila melihat kemesraan (dan kemewahan) yang terjalin antara mereka walau sudah berdekad menjalin cinta. Tiada siapa menyangka Dato’ Seri Hairi main kayu tiga dan isterinya yang ‘bimbo’ itu ditipu bulat-bulat. Sikap pijak semut pun tak mati si suami membuat Datin Seri Leila terkujat bila mendapat tahu tentang perbuatan miang suami di belakangnya.

Patutlah liat sungguh bila disuruh install aplikasi MySejahtera. Alasan terdahulu, katanya mahu tunggu telefon baru. Bila sudah ada Samsung FLIP3 5G di tangan, masih susah mencari masa untuk install. Datin Seri Leila bukan sejenis check telefon suaminya, namun dek kerana mahu berhati-hati, Dato’ Seri Hairi menolak untuk install aplikasi ini. Hanya beberapa minggu lepas, barulah Dato’ Seri Hairi akur untuk install pada telefon pintar yang baru dibelinya itu. Sah, memang ada udang di sebalik batu! Dato’ Seri Hairi yang sibuk dengan aktiviti harian dan projek nan juta-juta masih lagi sibuk mahu berbini dua. Hairan betul Datin X! Datin Seri Leila itu bukan sahaja jelita, kulit gebu bak telur rebus, body masih maintain macam anak dara walau sudah beranak dua!

See also
Esentrik: Gaya Baharu Bella Hadid

 

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM OKTOBER 2021

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa