Cara Delevingne Tidak Mahu Seksualitinya Dipersoalkan
Model British Cara Delevingne lazim dikenali sebagai seorang yang tidak menyimpan rahsia mengenai dirinya. Malah dia juga tidak segan untuk berkongsikan informasi mengenai seksualitinya.
Delevingne sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia seorang yang sxually fluid dan ini bermakna seksualitinya sentiasa berubah tanpa mengira orientasi, biologi, dan juga perilaku seseorang.
Apa yang tidak suka didengari oleh Delevingne adalah apabila mereka yang cetek pengetahuan menggelarnya sebagai seorang wanita “gay.” Jadi dalam satu temubual bersama teman baiknya, Adwoa Aboah, Delevingne menerangkan segalanya.
Model itu bermula dengan menceritakan reaksi orang sekelilingnya yang menyatakan dia adalah gay apabila dia mengumumkan yang dirinya adalah sexually fluid.
“Saya pernah menceritakan mengenai sexual fluidity saya, dan orang ramai sering memberi reaksi, ‘Jadi awak gay.’ Dan saya selalu menafikannya dan terpaksa menerangkan maksud seksualiti saya,” nyata Delevingne yang pernah menjalinkan hubungan dengan Annie Clark sebelum ini.
Dia juga menyatakan bahawa ramai teman-temannya (yang straight terutamanya) mempunyai pemikiran yang agak kolot mengenai hal ini.
“Jika saya suka akan seseorang lelaki ini mereka akan mempersoalkan diri saya mengenai pilihan saya.”
Apa yang merunsingkan Delevingne adalah label yang sering digunakan oleh masyarakat umum untuk menandakan seseorang individual itu sebagai sesuatu.
Delevingne yang mengaku bahawa seksualitinya bukanlah satu fasa yang akan terhenti juga pernah berkongsi bersama Vogue pada tahun lepas:
“Saya mengambil masa yang lama untuk menerima idea ini [tertarik kepada wanita]–sehingga saya jatuh cinta dengan seorang gadis ketika saya 20 tahun dan sedar bahawa saya perlu menerima hakikat ini… Kita semua ibarat cecair. Kita berubah, kita membesar.”