Cara Delevingne, Kristen Stewart, Pharell Williams, & Caroline de Maigret Untuk Kempen Gabrielle - Glam Malaysia

Cara Delevingne, Kristen Stewart, Pharell Williams, & Caroline de Maigret Untuk Kempen Gabrielle

Chanel baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan koleksi tas tangan Gabrielle yang didedikasikan kepada pengasas mereka Gabrielle ‘Coco’ Chanel.

 

Mereka akan menampilkan duta-duta utama mereka Cara Delevingne, Kristen Stewart, Pharrell Williams, dan Caroline de Maigret dalam video kempen yang akan dikeluarkan pada 3 April ini.

 

“Semua orang memanggilnya Coco tetapi nama sebenarnya adalah Gabrielle. Ia merupakan nama yang sangat sesuai untuk sebuah tas tangan yang mempunyai semua ciri-ciri Chanel,” terang Karl Lagerfeld dalam satu kenyataan.

 

Kempen yang akan dikeluarkan ini bakal menampilkan selebriti-selebriti ini menceritakan kisah mereka dengan Chanel, beberapa kejutan yang diselitkan dan juga sudah tentu untuk memperkenalkan dunia kepada Gabrielle.