Caitlyn Jenner Sudah Mengesahkan Berita Penghamilan Kylie?
Dunia Hollywood (and the rest of the world to be honest), peminat Kylie Jenner terutamanya, masih lagi cuba mencari kebenaran perihal laporan mogul muda itu kini yang dikatakan sudah hamil dengan anak pasangannya, Travis Scott.
Kedua-dua belah pihak Jenner dan juga Scott masih lagi belum tampil untuk mengesahkan mahupun menafikan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh banyak media outlet.
Sehinggakan momager, Kris Jenner, juga mendiamkan diri. Walau bagaimanapun wakil bapa Jenner, Caitlyn Jenner, mungkin secara tidak langsung sudah mengesahkan berita ini. Ini adalah menuruttabloid British The Sun of course.
Tabloid tersebut telah menanyakan tempoh waktu Caitlyn sudah mengetahui perihal kehamilan Kylie dan wakil yang enggan memberi namanya itu menyatakan “Apa yang saya boleh beritahu adalah dia sudah lama tahu tentang berita ini.”
Foto Nicholas Hunt/Getty Images untuk Glamour
Namun lain pula ceritanya buat Kris Jenner. Sewaktu ditanyakan tentang hal ini di Milan dia hanya menjawab “Dia belum mengesahkan apa-apa lagi. Saya rasa ia tidak masuk akal apabila orang ramai membuat anggapan tentang perkara yang belum disahkan.”
Dia juga mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan sewaktu ditanya oleh rakan dan juga penerbit rancangan Keeping Up With The Kardashians, Ryan Seacrest, sewaktu rancangan radionya yang diadakan secara langsung Isnin ini.